Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " suruhanjaya tenaga"

Nestcon Raih Kontrak Solar Skala Besar Di Sabah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt (MWac) di Bongawan di Kimanis, Sabah.

Solarvest Raih Kontrak EPCC Bernilai RM142 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd menerima surat pelantikan bersyarat untuk kontrak melibatkan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada SM01 Sdn Bhd bernilai RM142 juta.

Dewan Sabah: Tiga Syarikat Tempatan Laksana Kajian Kebolehlaksanaan Bangunkan OTEC

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.

Kementerian Kewangan Teliti Pemohonan Bayar Balik ICPT Kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .

Anak Syarikat 30 Peratus Solarvest Beroperasi Sebagai Penjual Tenaga

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik 30 peratus Solarvest Holdings Bhd, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB) telah menerima kelulusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk beroperasi sebagai penjual tenaga,

Malaysia Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Negara Pada Masa Depan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Enlit Asia 2024 Gesa ASEAN Untuk Bersatu, Majukan Pendigitalan Dan Pacu Inovasi

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.

Suruhanjaya Tenaga Akan Umum Pembida Berjaya Untuk LSS5 Pada November Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengumumkan pembida berjaya untuk pusingan kelima program Solar Skala Besar (LSS5) pada November depan, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Razib Dawood.

Loji Janakuasa Prai: Lambang Kecemerlangan Dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.

Suruhanjaya Tenaga Keluarkan Garis Panduan Sebagai Rangka Kerja Kawal Selia Untuk CRESS - Petra

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk pemain industri dan pihak berkepentingan yang berminat untuk menyertai Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).