Terdapat 1545 berita berdasarkan kata kunci carian " sis"

Kinergy Meterai VPPA Tenaga Hidro Dengan Safran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga mampan Kinergy Advancement Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga maya korporat (VPPA) dengan Safran Landing Systems Malaysia untuk memanfaatkan aset tenaga hidro bagi menyediakan bekalan tenaga hijau yang stabil dan boleh dijadualkan.

Sistem Perbankan Malaysia Kekal Stabil Dipacu Pertumbuhan, Asas Ekonomi Kukuh -- Moody's

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings.

Penilaian Pasaran Tingkat Unjuran Pertumbuhan Malaysia Kepada 4.5–5.0 Peratus Tahun Ini -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Penilaian pasaran semasa telah memposisikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jajaran 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026, mencerminkan pengukuhan permintaan domestik dan momentum pelaburan yang berterusan, sejajar dengan jangkaan Kementerian Kewangan serta institusi antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UPI India Akan Diperkenalkan Di Malaysia, Kata Modi

SERI KEMBANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, kata Perdana Menteri India, Narendra Modi.

McDonald's Malaysia Akan Labur RM1 Bilion Dalam Tempoh Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald’s Malaysia merancang untuk melabur RM1 bilion bagi membuka 100 restoran baharu, memodenkan cawangan sedia ada dan memperkukuh keupayaan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Asia Pasifik Muncul Sebagai Hab Utama Pembuatan Dipacu AI - Dassault Systèmes

HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Kecekapan Tadbir Urus Antara Pemacu Utama Dalam Realisasi Matlamat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kecekapan tadbir urus, disiplin kepimpinan dan kepercayaan merupakan teras keupayaan Malaysia untuk merealisasikan matlamat ekonomi, kata Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

Malaysia Akan Terus Berada Pada Landasan Pertumbuhan Positif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan yang positif, iaitu berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti.

Malaysia Berpotensi Percepat Projek Berkaitan Iklim - Liew

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dilihat berpotensi untuk memacu projek berkaitan iklim dan menempatkan diri sebagai model global bagi penyelesaian iklim jika modal, dasar dan pembangunan pengetahuan diselaraskan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Hampir 1 Bilion e-Invois Dikeluarkan Setakat 4 Feb – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sekitar 981 juta e-Invois telah dikeluarkan setakat 4 Feb 2026, menunjukkan penggunaan sistem berkenaan secara meluas dalam kalangan pembayar cukai di seluruh negara.

Sektor Perbankan Dijangka Kekalkan Pelaburan Modal Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka mengekalkan pelaburan modalnya pada 2026, di tengah-tengah keterlihatan dividen yang kukuh dan potensi pulangan atas ekuiti (ROE) yang berkembang, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Dassault Systemes, Nvidia Bekerjasama Bina Platform AI Perindustrian

HOUSTON (Amerika Syarikat), 3 Feb (Bernama) -- Perisian terkemuka Perancis, Dassault Systemes dan Nvidia telah menjalin perkongsian strategik jangka panjang untuk membangunkan seni bina perindustrian bersama bagi kecerdasan buatan (AI) yang penting, bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan "kembar maya" (virtual twind) berasaskan sains merentasi pelbagai industri.