BERITA TERKINI   Insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin: DOSH, PDRM dan Suruhanjaya Tenaga digesa lakukan siasatan rapi - TPM Fadillah | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " sesi awal "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Susulan Jangkaan AS Turun Kadar Faedah

KUALA LUMPUR,5 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan lagi pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga hari ini ketika sentimen pelabur terhadap aset berisiko pulih susulan kemungkinan negara maju itu menurunkan kadar faedahnya, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari Walaupun Optimis Terhadap RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit hari ini susut 0.01 peratus berbanding dolar AS apabila ia terus diniagakan defensif yang menyediakan sedikit sokongan teknikal terhadap unit tempatan itu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Ringgit Dibuka Rendah Menjelang Mesyuarat BNM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan sentimen berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia hari ini ketika ahli ekonomi tidak senada mengenai prospek penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi awal dagangan Selasa berikutan aktiviti jualan sederhana, terutamanya bagi saham bermodal kecil walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran, di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.