Terdapat 1898 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Jejaki Prestasi Lemah Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman apabila hasil bon melonjak susulan kebimbangan bahawa data inflasi yang tinggi baru-baru ini boleh mendorong Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Rakan Serantau Dipacu Data Pekerjaan AS

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang serantau dan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.

Banyak Syarikat Jepun Lihat Sentimen Perniagaan 2026 Di Malaysia Mula Bertambah Baik

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sentimen dan persekitaran perniagaan di Malaysia dijangka bertambah baik menjelang 2026, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Dewan Perdagangan & Perindustrian Jepun Malaysia (Jactim) serta Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Ambil Langkah Defensif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.

Pendapatan Pelaburan KWSP Pada Suku Pertama Naik 51 Peratus Kepada RM27.73 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Impak Krisis Bekalan Global Dijangka Lebih Ketara Pada Suku Ketiga, Intervensi Kerajaan Pastikan Rakyat Tidak Terkesan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Perkembangan Di Asia Barat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa berikutan sentimen pasaran terus tertumpu kepada perkembangan di Asia Barat.

IILM Cecah Rekod US$7.055 Bilion Portfolio Sukuk Tertunggak Ketika Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Jumlah aset sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) melonjak kepada rekod tertinggi US$7.055 bilion, berikutan pelaksanaan terbitan dan terbitan semula sebanyak US$975 juta (US$1=RM3.97). 

Ringgit Ditutup Rendah Dalam Persekitaran Berhati-hati Terhadap Data Ekonomi China 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disebabkan sentimen berhati-hati menguasai pasaran pertukaran mata wang asing.