Terdapat 1908 berita berdasarkan kata kunci carian " presiden"

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

UDA Optimis Prospek Pasaran Hartanah 2026 Kekal Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Bhd optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan lebih bersasar tahun ini, dipacu oleh pelbagai inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan dalam merangsang pemilikan serta mengekalkan kestabilan pasaran domestik.

Asia Pasifik Muncul Sebagai Hab Utama Pembuatan Dipacu AI - Dassault Systèmes

HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Risiko Geopolitik Mereda Tingkatkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong oleh faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

Malaysia Terus Teroka Peluang Perdagangan Baharu Dengan Negara Berpotensi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus meneroka peluang pasaran dan perdagangan baharu secara agresif dengan kalangan negara berpotensi di samping mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Pasaran Emas Comex Alami Kenaikan

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, walaupun pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex) mencatatkan kenaikan.

Bursa Malaysia Teruskan Peningkatan Dipacu Belian Saham Murah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.

Emas, Perak Dijangka Terus Meningkat Dalam Tempoh Sederhana Hingga Jangka Panjang - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.