4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan sejak pertengahan pagi melibatkan kaunter saham berharga rendah dan wajaran tinggi terpilih, diterajui saham produk dan perkhidmatan perindustrian.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street, apabila sentimen kalangan pelabur terjejas ekoran perbalahan berterusan antara Presiden AS Donald Trump dan ahli perniagaan Elon Musk.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang berterusan selepas penjualan minggu lepas, sejajar dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dalam wilayah positif semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, didorong oleh aktiviti belian pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutama dalam sektor utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki kenaikan semalaman Wall Street kerana sentimen dirangsang oleh dasar tarif Presiden AS Donald Trump mungkin ditarik balik, dilihat sebagai alat rundingan, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini meskipun kenaikan pada sesi awalnya ekoran tekanan jualan di pasaran pesat membangun serantau berikutan kebimbangan terhadap konflik tarif yang berterusan, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan oleh ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali memuncak, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengah ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.