BERITA TERKINI   Konflik Timur Tengah: Rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai selamat tiba malam ini menaiki penerbangan Emirates EK342 – Wisma Putra | Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke negara-negara Timur Tengah yang terjejas, termasuk bagi tujuan menunaikan umrah atau ziarah - Kementerian Luar | Wisma Putra usaha pindahkan rakyat Malaysia terkandas di Timur Tengah, termasuk yang ingin pulang ke tanah air - Kementerian Luar | 

Terdapat 3500 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Pendedahan Malaysia Kepada Konflik AS-Iran Sederhana, Boleh Urus - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.

Gangguan Penerbangan Global Masuk Hari Ketiga Selepas Lapangan Terbang Dan Udara Ditutup

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) – Perang di Timur Tengah sudah memasuki hari ketiga, penerbangan global khususnya komersil yang merentasi rantau tersebut masih terhenti selepas lapangan terbang utama ditutup dan ruang udara serantau dihadkan, mengakibatkan 2,000 penerbangan terbatal.

Pemanfaatan Data Transaksi Pacu Pertumbuhan Seterusnya PMKS – Paydibs

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Fasa pertumbuhan seterusnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada sejauh mana data transaksi dimanfaatkan secara strategik, menurut syarikat pembayaran digital Paydibs.

Unit Velesto Energy Peroleh Kontrak AS$157 Juta Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Velesto Energy Bhd (VEB), Velesto Drilling Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai AS$157 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk menyediakan pelantar penggerudian jenis jack-up bagi tempoh kontrak PCSB 2026-2030.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Sentimen Terkesan Akibat Konflik Timur Tengah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko yang merosot ketara disebabkan peningkatan semula konflik Timur Tengah sekali gus mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti di peringkat serantau.

Pemberi Kredit Dan Penyedia Perkhidmatan Kredit Wajib Lesen Dan Daftar SKP - MOF

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

Insurans Risiko Perang Bagi Kapal, Kargo Melonjak Sewaktu Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) – Industri maritim global sedang memantau dengan teliti peningkatan ketegangan di Timur Tengah dengan insurans perlindungan risiko perang terhadap badan kapal serta kargo melonjak mendadak sebagai tindak balas mengikut situasi semasa.

Maxis Raih Anugerah Ikon Transformasi Rangkaian-Prestasi Daripada The Fast Mode

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025

Industri Insurans Malaysia Bersedia Hadapi Transformasi Besar Di Bawah Inisiatif RESET

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Industri insurans Malaysia bersedia memasuki fasa transformasi  besar melalui inisiatif kerajaan RESET, termasuk pengenalan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta mekanisme harga berasaskan kumpulan diagnostik (DRG) bagi mengawal peningkatan kos perubatan.

Ringgit Meningkat 4.31 Peratus Kepada RM3.89 Setakat 1 Mac 2026 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Pertumbuhan Gaji, Penurunan Pengangguran Sokong Peningkatan Hasil Cukai Pendapatan

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan menjangkakan kutipan hasil cukai pendapatan individu meningkat 9.4 peratus pada 2026 kepada RM49.07 bilion, disokong oleh pertumbuhan gaji yang lebih stabil serta peningkatan bilangan pembayar cukai berdaftar sebanyak 13 peratus.