11hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
12hari ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Sabah kini memasuki fasa baharu dalam transformasi ekonomi berasaskan sumber marin menerusi inisiatif Ekonomi Biru yang dijangka membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat.
14hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menurunkan unjuran inflasi 2025 kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus (2024: 1.8 peratus), dipacu oleh kesan deflasi susulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia susut kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, berbanding 1.5 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Tiada pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang digantung operasi akibat masalah teknikal ketika ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
15hari ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan selama tiga hari ke Ethiopia dengan mencatatkan kejayaan melalui perbincangan yang produktif mengenai potensi bidang kerjasama yang saling memberikan manfaat.
16hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ethiopia akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, hubungan dua hala serta memanfaatkan platform pelbagai hala.
16hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
ADDIS ABABA (Ethiopia), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.
16hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.