Terdapat 184 berita berdasarkan kata kunci carian " peluasan"

Pendapatan e-Dagang Malaysia Cecah RM937.5 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2025 meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun kepada RM937.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pulau Pinang Sasar Penumpang Kapal Persiaran Tumbuh 47 Peratus Pada 2026

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

Malaysia Sedia Buka Akses Produk Ayam, Makanan Ternakan Untuk Di Eksport Ke Ethiopia

Daripada M.Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia membuka akses produk seperti ayam, sarang burung dan makanan ternakan untuk dieksport ke Ethiopia selain menawarkan kepakaran penanaman sawit dan benih berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Optimis Lawatan Ke Afrika Jadi Pemangkin Perkukuh Hubungan, Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan lawatan kerja ke Addis Ababa, Johannesburg dan Nairobi akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan diplomatik serta peluasan kerjasama strategik antara Malaysia dan negara Afrika.

Disiplin Fiskal, Pengurusan Ekonomi Negara Teratur Dorong Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Satukan Dasar, Pelaburan & Modal Insan Jana Masa Depan Tenaga Asia Tenggara - SEDA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.

U Mobile Peroleh Kemudahan Pembiayaan Bersindiket RM4.3 Bilion Bagi Pelaksanaan 5G

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah memeterai kemudahan pembiayaan bersindiket sebanyak RM4.3 bilion dengan empat bank bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya selain mempercepat perluasan pengalaman ULTRA5G ditawarkan syarikat itu.

U Mobile Naik Taraf 2,976 Tapak Ke Liputan 5G Setakat 31 Oktober

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) --  U Mobile Sdn Bhd telah menaik taraf 2,976 tapak ke liputan 5G yang memberikan 58.2 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober tahun ini, kata Kementerian Komunikasi.

Struktur Fi Baharu SC Dijangka Berkuatkuasa 1 Jan 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Visa Akan Perluas Perdagangan Pintar Seluruh Asia-Pasifik, Pelan Perintis Awal 2026

Daripada Danni Haizal Danial Donald

SINGAPURA 12 Nov (Bernama) -- Peneraju global dalam pembayaran digital, Visa Inc mengumumkan peluasan rangkaian Perdagangan Pintar Visa di seluruh Asia Pasifik dengan rancangan untuk melancarkan program perintis di rantau ini pada awal 2026.

Perak Catat Pelaburan Bernilai RM6.25 Bilion Libatkan 203 Projek Setakat Jun Lepas - Saarani

KUALA KANGSAR, 9 Nov (Bernama) -- Negeri Perak mencatatkan pelaburan bernilai RM6.25 bilion melibatkan 203 projek yang berpotensi menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan setakat Jun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.