7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sentimen dan persekitaran perniagaan di Malaysia dijangka bertambah baik menjelang 2026, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Dewan Perdagangan & Perindustrian Jepun Malaysia (Jactim) serta Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
7hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah menggalakkan pelaburan yang menyumbang lebih bermakna demi keutamaan ekonomi jangka panjang Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima subsektor pembuatan telah dikenal pasti paling terkesan berikutan impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api Malaysia terbukti terus membantu pemandu perkhidmatan e-panggilan mengurus kenaikan kos operasi, sekali gus membolehkan ramai terus bertahan walaupun diasak tekanan lonjakan harga minyak global, menurut satu platform mobiliti.
9hari ago
GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal positif, disokong kemasukan pelaburan asing dan domestik, serta permintaan berterusan dalam sektor kecerdasan buatan (AI), pusat data dan semikonduktor.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Seramai kira-kira 10,000 usahawan India disasarkan untuk menerima manfaat daripada Pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA) 2026 melalui peruntukan pembiayaan sebanyak RM220 juta menjelang akhir tahun ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan, penggubal dasar dan ketua tempat kerja supaya mengutamakan kesihatan mental dan pengurusan risiko psikososial sebagai elemen penting dalam keselamatan tempat kerja, produktiviti dan kemampanan organisasi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil kira aspek potensi senario akibat konflik Asia Barat ketika melakukan unjuran pertumbuhan dan inflasi 2026, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) mengesahkan komitmen menyokong Kemudahan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) Bank Negara Malaysia dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.