11hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, namun diniagakan kukuh berbanding mata wang utama, berikutan peniaga dan pelabur sedang memantau perkembangan tarif baharu AS, kata seorang penganalisis.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.
13hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Usaha konsolidasi fiskal Malaysia mula menunjukkan hasil dengan langkah-langkah mengecilkan defisit fiskal selain mengurangkan hutang kerajaan mendapat momentumnya walaupun berdepan kritikan.
13hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Ketika negara melangkah ke separuh kedua 2025, penyelarasan semula fiskal melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan semakan tarif elektrik dilihat sebagai langkah strategik kerajaan untuk mengukuhkan kewangan sambil mengutamakan kebajikan rakyat.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum menaik, disokong oleh minat pelabur yang diperbaharui terhadap aset-aset selamat susulan tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, yang menambahkan lagi ketidaktentuan kepada pasaran.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat yang terhad berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 9 Julai.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kompromi dalam langkah tarif AS akan datang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.
16hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis, mencatatkan kenaikan selepas ditutup rendah sebelumnya kerana peniaga bersikap berhati-hati dan mengurangkan pegangan dolar US menjelang 9 Julai, tarikh akhir penangguhan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan minggu lepas, dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan jangkaan pengurangan cukai dan perbelanjaan yang sedang dipertimbangkan di Senat Amerika Syarikat (AS).