BERITA TERKINI   Kerajaan yakin rundingan dengan kerajaan negeri Terengganu berhubung isu FGV akan dapat dicapai demi kepentingan peneroka - TPM Ahmad Zahid | 53.9 peratus lepasan SPM pilih sektor TVET, hampiri sasaran 70 peratus menjelang akhir RMK13 - TPM Ahmad Zahid | Konflik Kemboja-Thailand: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan - PM Anwar | Rundingan sedang dijalankan bagi meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja – PM Anwar | Penyedia perkhidmatan pesanan Internet, media sosial dengan lapan juta pengguna di Malaysia disifatkan berdaftar bermula 1 Jan 2026 - MCMC | 

Terdapat 60 berita berdasarkan kata kunci carian " majikan"

Industri Jimat Sebanyak RM100 Juta Menerusi Program Amnesty Perkeso - MEF

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Sarawak Energy Perlu Laksanakan Penstrukturan Semula Untuk Sokong Pelan Pengembangan

KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Sarawak Energy Bhd (SEB) supaya melaksanakan penstrukturan semula untuk menyokong pengeluaran negeri dalam pengeluaran dan bekalan tenaga.

Bank Dunia Puji Malaysia Dalam Pensijilan Halal, Mekanisme Harga Telur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Langkah Malaysia memeterai perjanjian pensijilan halal dengan Indonesia serta pemansuhan kawalan harga telur secara berperingkat, mendapat perhatian serta pujian Bank Dunia yang menyifatkannya sebagai positif dalam landskap ekonomi negara.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan Bernilai RM17.3 Bilion Pada 2024 - Ketua Menteri

GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia dengan pelaburan pembuatan yang diluluskan bernilai RM17.3 bilion pada 2024.

GLIC Laksana Dasar Gaji Kehidupan Untuk Semua Pekerja Tetap Warganegara Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.

Megah Port Sahkan Komitmen Kecekapan, Kukuh Hubungan Dengan Lembaga Pelabuhan Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 April (Bernama) -- Pengendali pelabuhan kontena Labuan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) mengesahkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan pengendalian kargo yang cekap dan berkualiti tinggi di samping bekerjasama erat dengan rakan kawal selianya Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA).

Allianz Life Perkenal Penyelesaian Insurans Allianz Elitechoice Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah memperkenalkan Allianz EliteChoice, sebuah pelan insurans kompetitif dan komprehensif yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Caruman KWSP Pekerja Asing Pencetus Perubahan Kekalkan Tenaga Kerja, Ambil Ramai Bakat Tempatan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dalam jangka panjang berikutan majikan akan lebih cenderung untuk menggaji lebih ramai bakat tempatan apabila kos meningkat.

Industri Sambut Baik Pindaan Akta KWSP, Jamin Kemampanan Perniagaan Dan Pengekalan Bakat

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemimpin industri menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 yang disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mengukuhkan keselamatan sosial sambil memastikan kemampanan perniagaan.

Papar Kos Purata Prosedur, Rawatan Biasa Antara Syor Persatuan Insurans Kepada PAC

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, ketelusan serta kemampanan dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk Simpanan Konvensional Dan Shariah Bagi 2024, Jumlah Keseluruhan Agihan RM73.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Pengecualian E-Invois Beri Manfaat Kepada Lebih 700,000 Peniaga Kecil - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000 yang akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.