BERITA TERKINI   Cuaca panas berterusan: IPTA dibenarkan buat keputusan laksanakan PdP secara dalam talian - Zambry | 

Terdapat 31 berita berdasarkan kata kunci carian " limited"

Projek SOGIP RM8.88 Bilion Pemangkin Sabah Jadi Hab Tenaga Asia Tenggara

KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Dasar Jelas, Strategi Semikonduktor Nasional Terus Tarik Tumpuan Pelabur Asing - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Key Alliance Lantik Farhash Wafa Salvador Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Key Alliance Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharunya.

Kendali DAX Secara Haram, SC Kenakan Tindakan Celaan Terhadap Bybit

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan celaan terhadap Bybit Technology Limited (sebelum ini dikenali sebagai Bybit Fintech Limited) (Bybit) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ben Zhou (Yuchen Zhou) kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.

Pihak Berkepentingan Sektor Tenaga Asia Tenggara Fokus Kurangkan Pelepasan Metana

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Petronas dan pihak berkepentingan lain dalam sektor tenaga di Asia Tenggara mengumumkan sektor itu berupaya memainkan peranan utama dalam usaha penyahkarbonan di rantau ini dengan menumpukan kepada pengurangan pelepasan metana.

RSPO, HCVN Meterai MoU Untuk Perkukuh Perlindungan Ekosistem Dalam Industri Minyak Sawit

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 11 Nov (Bernama) -- Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) hari ini dengan rangkaian pengurusan nilai pemuliharaan tinggi (HCVN) untuk meningkatkan usaha dalam melindungi hutan HCV dan stok karbon tinggi (HCS) yang penting kepada pengeluaran minyak sawit mampan.

Mitsubishi Power Mahu Perluas Kepakaran Turbin Gas Di Rantau Ini

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Mitsubishi Power Asia Pacific Pte Ltd menyasarkan untuk mengembangkan kepakarannya dalam turbin gas di Asia Tenggara susulan potensi meluas penggunaan gas asli dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini.