13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dalam mendepani krisis global yang semakin kompleks.
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM10 bilion untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka memperkukuh daya tahan mereka terhadap impak krisis Asia Barat, kata ahli ekonomi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Lebih 70 peratus depoh pengadun di Malaysia bersedia untuk melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada, susulan pengumuman kerajaan untuk meningkatkan adunan biodiesel kepada B15 secara berperingkat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Institusi perbankan harus memikul tanggungjawab sebagai rakan strategik dalam usaha memastikan kelangsungan ekonomi domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kalangan rakyat Malaysia digesa berhemah menggunakan bahan api dalam usaha melanjutkan lagi tempoh tenaga melangkaui Jun ini berikutan ketidaktentuan global yang dijangka berpanjangan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) pada Selasa melancarkan Pensijilan Ekonomi Kitaran ASEAN (CEC) yang pertama seumpamanya di rantau ini bagi membantu kalangan perusahaan itu atau PKS menerimaguna amalan perniagaan mampan selain memacu daya saing.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Inisiatif jaminan pembiayaan oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka memberi rangsangan besar kepada sektor itu khususnya pengeksport.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengekalkan unjuran pertumbuhan perdagangan 2026 antara tiga peratus hingga lima peratus, disokong oleh tinjauan berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan impak krisis Asia Barat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.
14hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemberian peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan liputan dipertingkat kepada 80 peratus serta kelonggaran transisi e-Invois selama 12 bulan disifatkan lebih baik berbanding pemberian moratorium pinjaman secara pukal.