BERITA TERKINI   SNCC sahkan sebanyak 22 kapal flotilla yang dinaiki 186 orang telah dipintas, diceroboh oleh kapal tentera rejim Zionis Israel - KPE MAPIM  | GSF2.0: Kapal Arkham III dinaiki aktivis kemanusiaan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) antara yang ditahan Israel - KPE MAPIM | Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza - KPE MAPIM | SNCC sahkan Kapal Global Sumud Flotila 2.0 dihampiri kapal tentera Israel pagi ini di perairan antarabangsa kepulauan Great Greece - KPE MAPIM | SNCC sahkan enam kapal yang ditahan serta diceroboh kapal tentera Israel melibatkan 10 rakyat Malaysia - KPE MAPIM | 

Terdapat 154 berita berdasarkan kata kunci carian " kedai"

WonderBrew Dari Dapur Rumah Ke Arena Global, Sasar Ganda Pengeluaran Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pengeluar tempatan minuman “kombucha” atau soda semula jadi menerusi fermentasi teh, WonderBrew menyasar untuk menggandakan pengeluaran pada 2026 memandangkan jenama itu telah meningkatkan inovasi dan merangka strategi memperluas jejaknya di Asia Tenggara.

Farlim, Fortune Lander Bekerjasama Laksana Projek Di Pulau Pinang Dengan GDV RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.

Harga Emas Kekal Kukuh, Namun Belum Atasi Paras Sasaran US$5,000 Setiap Auns Troy

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pada Mac lepas, Bernama melaporkan bahawa harga emas berpotensi melonjak menghampiri paras US$5,000 bagi setiap auns troy, dan ternyata logam berharga itu sebenarnya sudah pun memecahkan rekod pada kadar yang tidak dijangka.

Kedai Elektrik Tempatan Pertama DMDI Dilancar, Ketengah Jenama Selamat

MELAKA, 1 Dis (Bernama) -- Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melalui anak syarikatnya, DMDI Ventures melancarkan kedai barangan elektrik pertamanya yang menawarkan pelbagai produk elektrik buatan tempatan dengan jenama Selamat.

E&O Lancar Rumah Kelab, Presint Komersial Di Bandar Elmina

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah, Eastern & Oriental Bhd (E&O) melancarkan rumah kelab pertama dan presint komersial di Bandar Elmina, Sungai Buloh.

Life Water Dari Sabah Sasar Kenaikan Jualan Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman dari Sabah menjangkakan permintaan yang lebih kukuh daripada sektor pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, disokong oleh ketibaan pelancong yang meningkat dan penggunaan yang stabil dari hotel serta kedai runcit.

Sekatarakyat Lancar Sukuk Wakalah RM2 Bilion

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.

OSK Property Bakal Lancar Bayu68 Sebagai Hab Komersil Pertama Iringan Bayu Di Seremban

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- OSK Property bakal melancarkan Bayu68, pembangunan komersil pertama di perbandaran OSK Iringan Bayu seluas 1,717 ekar di Seremban, berfungsi sebagai hab perniagaan untuk komuniti sedia ada dan populasi kawasan yang semakin meningkat serta kawasan perumahan berdekatan.

Disiplin Fiskal, Pengurusan Ekonomi Negara Teratur Dorong Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdagangan Borong, Runcit Meningkat 6.6 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025  merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pembukaan Kedai Baharu Lonjak Keputusan Suku Ketiga MR DIY

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang melonjak sebanyak 11.9 peratus kepada RM136.12 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM121.65 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Kedai Rakan Niaga SARA Berjumlah 8,700 Setakat 3 Nov -- MOF

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jumlah kedai rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 8,700 di seluruh negara setakat 3 November, 2025 berbanding 700 termasuk kedai kecil pada 2024 dan bilangan ini dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.