3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.
4hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Vietnam komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila pasaran kekal berhati-hati sebelum laporan penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama dan serantau termasuk dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data pekerjaan gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat dalam persekitaran ketegangan konflik di Asia Barat yang kembali memuncak.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) melantik Datuk Sazali Hamzah sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
4hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Jumaat, didorong harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan gangguan cuaca hujan di negara pengeluar utama, kata peniaga.
4hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta menjamin keterjaminan bekalan bahan input utama susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global yang masih berlarutan ketika ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).