Terdapat 3899 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Pelabur Asing Catat Aliran Keluar US$16.8 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih selama empat minggu berturut-turut di lapan pasaran Asia, dengan aliran keluar bersih berjumlah US$16.8 bilion, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Positif Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan, sejajar dengan harga minyak mentah yang lebih kukuh didorong oleh ketidakpastian yang ditimbulkan oleh konflik Asia Barat yang berlanjutan. 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran yang lebih tinggi minggu depan susulan pasaran minyak kini mempengaruhi naratif makroekonomi yang lebih besar.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan susulan konflik yang berterusan di Asia Barat.

1,700 Jadi Paras Penting Bagi Hala Tuju Pergerakan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.

MITI Akan Beri Penjelasan Dakwaan Lebihan Kapasiti, Buruh Paksa Dalam Siasatan Seksyen 301

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia akan memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan lebihan kapasiti pengeluaran dan penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301 negara itu.