Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " chile"

PM Anwar Tiba Di Brazil Sempena Lawatan Rasmi, Hadiri Sidang Kemuncak G20

RIO DE JANEIRO (Brazil), 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, dari Lima, Peru, untuk lawatan rasmi dan juga menghadiri sidang kemuncak G20 atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.

PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin - Duta 

LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022. 

Peru Bersiap Sedia Jadi Tuan Rumah Minggu Pemimpin APEC Ke-31

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 10 Nov (Bernama) -- Ibu kota Peru, Lima bersiap sedia dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk menganjurkan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) ketiga, acara penting yang menekankan peranannya sebagai pengerusi forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini untuk meliberalisasikan lagi perdagangan dalam kalangan ekonomi serantau.

Malaysia Sertai Enam Negara Ratifikasi Penyertaan UK Dalam CPTPP

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.

Sedekad Di Malaysia, Al'ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin,  Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.