Terdapat 417 berita berdasarkan kata kunci carian " catat"

Bursa Malaysia Susut Selepas Catat Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis tetapi menyusut kemudiannya didorong oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan  semalaman. 

Capital A Catat Untung Bersih RM13.03 Bilion Susulan Penjualan Perniagaan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd mencatat keuntungan bersih RM13.03 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), berbanding kerugian bersih RM501.24 juta pada tahun sebelumnya.

Bintulu Port Catat Keuntungan Bersih RM26.56 Juta, Umum Dividen Lima Sen

KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM26.56 juta untuk suku keempat tahun kewangan 2025 selepas disokong oleh pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan aktiviti kargo pukal yang lebih kukuh.

CBP Catat Untung Bersih Tahun Kewangan 2025 Naik 5.6 Peratus Kepada RM131.13 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) mencatat prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), dengan keuntungan bersihnya meningkat 5.6 peratus kepada RM131.13 juta daripada RM124.20 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Nestle Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi, Umum Dividen Interim Ketiga 90 Sen

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.

IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Petronas Chemicals Catat Rugi Bersih RM2.14 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Kerajaan Tidak Gopoh Tamatkan ART, Lindungi Perdagangan Dua Hala Bernilai RM367.5 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam memutuskan pendirian Malaysia berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM209.26 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.

Momentum Perdagangan Malaysia Dijangka Kekal Pada 2026 - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari. 

NCER Catat Pelaburan Direalisasi RM78.95 Bilion, Wujud Lebih 23,000 Peluang Pekerjaan Pada 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Cape EMS Kembali Catat Untung, Manfaat Pusat Data Johor Untuk Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Cape EMS Bhd akan mengutamakan keuntungan yang konsisten dan pelaksanaan berdisiplin dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang di bawah pelan hala tuju transformasi strategiknya, CEB 2.0.