3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memeterai memorandum kerjasama dalam bidang semikonduktor dengan Brazil serta menjalankan rundingan dengan India bagi memperkukuh kerjasama teknologi dan industri antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Penangguhan selama setahun pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga akhir 2026 memberi kelegaan sementara kepada pengeksport minyak sawit dan komoditi yang lain.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,200 dan RM4,500 satu tan metrik dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh bekalan boleh eksport lebih terhad dan sentimen positif dalam pasaran minyak sayuran, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
4bulan ago
Daripada V. Sankara
DILI (TIMOR-LESTE), 18 Sept (Bernama) -- Timor-Leste berhasrat untuk memperluas perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, dengan memfokuskan kepada keterjaminan makanan, pertanian dan pelancongan berikutan usahanya dalam mengukuhkan kerjasama melalui integrasi ASEAN.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap multilateralisme dengan membuka lebih banyak pasaran melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
TANJONG MALIM, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa syarikat gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk meningkatkan pelaburan dalam usaha membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di sini.
4bulan ago
SEREMBAN, 2 Sept (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 mencatatkan peningkatan 4.7 peratus atau RM1.731 trilion berbanding RM1.65 trilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 telah melepasi sasaran awalnya iaitu 2,300 reruai dengan lebih 2,380 gerai telah disahkan dari 45 negara, mencerminkan permintaan global yang kukuh untuk peluang perdagangan halal.
5bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 26 Ogos (Bernama) -- Hala tuju dasar yang jelas dan kepastian kawal selia oleh kerajaan perlu diselaraskan dengan inovasi, penggunaan teknologi dan pembiayaan sektor swasta berikutan kerjasama awam-swasta adalah pemudah cara utama dalam memodenkan sistem tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sebarang keputusan dan penilaian semula aset huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diserahkan sepenuhnya kepada syarikat minyak nasional itu tanpa campur tangan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.