Terdapat 439 berita berdasarkan kata kunci carian " bahan api"

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 RM1.99 Seliter, Naikkan Bantuan Budi Diesel Kepada RM300 Sebulan - MOF

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.

Harga Tenaga Tinggi Tingkatkan Pendapatan Huluan Petronas - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelabur Digesa Pelbagaikan Portfolio Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Harga Minyak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelabur digesa mempelbagaikan portfolio dan mempertimbangkan peralihan kepada pelaburan berisiko rendah dan berkualiti tinggi semasa tempoh ketidaktentuan yang disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asia School of Business Prof Joseph Cherian.

Peningkatan harga Bahan Api Jet Jejas Syarikat Penerbangan Asia, Caj Tambahan Dinaikkan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia sedang menilai semula tambang dan pelan operasi berikutan kenaikan harga bahan api jet akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat mula memberi kesan kepada seluruh industri penerbangan, dengan beberapa syarikat penerbangan telah memperkenalkan pelarasan caj tambahan bahan api.

RHB IB Kekalkan Saranan 'neutral' Terhadap Sektor Pengangkutan Susulan Konflik Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan saranan “neutral” terhadap sektor pengangkutan, dengan konflik di Asia Barat dijangka memberi impak terhad kepada Westports Holdings Bhd manakala syarikat logistik berpotensi mendapat manfaat daripada kadar pengangkutan yang lebih tinggi.

Lonjakan Harga Minyak Minyak Cetus Risiko Fiskal, Inflasi Bagi Asia - OCBC

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Susulan lonjakan harga minyak global hari ini, kerajaan di Asia menghadapi peningkatan risiko fiskal dan inflasi memandangkan rantau ini masih bergantung kepada import tenaga secara struktur, menurut OCBC.

Malaysia Pada Kedudukan Baik Tangani Impak Konflik Timur Tengah -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik bagi menangani impak ekonomi susulan konflik di Timur Tengah, termasuk sokongan daripada status negara sebagai pengeksport bersih tenaga selain mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Mendepani Risiko Selat Hormuz - Public IB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan harga eksport berbanding harga import.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Harga Minyak Boleh Cecah Tiga Digit Jika Konflik Timur Tengah Berlarutan – Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Timur Tengah berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.

Subsidi RON95 Berkurang Kepada RM1.8 Bilion Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

BNM Kekalkan OPR 2.75 Peratus, Dasar Monetori Masih Sokong Ekonomi - Ahli Ekonomi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang terus menyokong ekonomi dalam keadaan persekitaran luaran semakin tidak menentu.