BERITA TERKINI   Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | Polis rampas 510kg methamphetamine bernilai RM25.5 juta, tahan lima individu di Padang Besar minggu lepas - Pengarah JSJN Bukit Aman | Bimoffice Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran LEAP dibuka dengan premium 11.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 15 sen, dengan 40,000 saham diniagakan | 

Terdapat 10118 berita berdasarkan kata kunci carian " mem"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Minyak Mentah, Harga Minyak Kacang Soya Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi disokong Saham Wajaran Tinggi 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.

Ringgit Mengukuh Kekalkan IHPR dalam Deflasi Sederhana pada 2026

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit yang lebih kukuh dan kos input yang terkawal dijangka mengekalkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dalam deflasi sederhana pada 2026, pada -2.2 peratus berbanding -2.0 peratus tahun lepas, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Harga Fizikal, Sentimen Positif Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikan susulan niaga hadapan getah Jepun yang meningkat dan harga fizikal komoditi yang kukuh di Thailand.

Permintaan Pelancongan ASEAN Kekal Kukuh Di Tengah-tengah Ketegangan Geopolitik - Chiew

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Permintaan bagi sektor pelancongan di negara ASEAN masih kukuh walaupun ketika ketegangan geopolitik yang berterusan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.

CIMB, SC, Bursa Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Pacu Pasaran Modal Islam Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd, akan membangunkan instrumen inovatif bagi memacu pasaran modal Islam Malaysia, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 SC. 

George Kent Terbit Sukuk RM80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.

MEF Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Kerajaan, Gesa Penggunaan Secara Berhemat

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.

Penggunaan EV Di Malaysia Dijangka Dipercepatkan Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke arah kenderaan elektrik (EV) mungkin akan dipercepatkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah terutamanya dalam kalangan pembeli segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) premium, menurut  CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Langkah Penyelarasan Subsidi Bahan Api Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Pendekatan Pragmatik Subsidi Bahan Api

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat.

Penyelarasan Sementara Kuota BUDI95: Langkah Munasabah Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kuota subsidi bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter sebulan yang akan dilaksanakan pada April wajar diterima dengan hati terbuka serta rasional oleh rakyat Malaysia.