1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BRICS menawarkan laluan kepada sistem perdagangan global yang lebih adil sekali gus akan memberi manfaat kepada negara yang lebih kecil dan sedang membangun, kata Duta Rusia di Malaysia, Naiyl Latypov.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Melewar Industrial Group Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kesatuan Pengeksport Bijirin Rusia (RusGrain Union) untuk mendapatkan bekalan bijirin bagi tempoh jangka panjang sebagai respons kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan sektor keselamatan makanan negara.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan calon Republican Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh sederhana kepada 2.3 peratus tahun ke tahun pada September 2024 daripada pertumbuhan 4.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2024, dipengaruhi pengeluaran lebih lemah dalam sektor pembuatan dan elektrik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) yang berlangsung dari 16 hingga 19 Okt, 2024 berjaya menarik lebih 20,000 peserta selain menjana kira-kira RM100 juta dalam urus niaga berpotensi menerusi kerjasama strategik dan libat urus perniagaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan tengah hari Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan seiring kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pendigitalan menjadi faktor penting bagi kejayaan industri pelancongan Malaysia, terutama kepada pengendali hotel yang berhasrat berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.