BERITA TERKINI   MDEC, JAKIM akan bekerjasama menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan di institusi pendidikan perintis di enam negeri - PM Anwar | Pendidikan disertai pengukuhan adab serta nilai kemanusian merupakan asas penting membentuk generasi pelapis negara- PM Anwar | Krisis tenaga global: Pengguna meter pintar disaran beralih ke skim Time-of-Use tarif, jimat 5-10 peratus dengan kadar tarif rendah - Suruhanjaya Tenaga | Hampir 9.2 juta pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia nikmati Insentif Cekap Tenaga berjumlah RM2.8 bilion sejak diperkenalkan - Suruhanjaya Tenaga | Krisis tenaga global: Pengguna domestik dengan kadar penggunaan bulanan 600 kWj ke bawah dikecualikan daripada pelarasan kos AFA - Suruhanjaya Tenaga | 

Terdapat 3658 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga mencari petunjuk mengenai data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang untuk menilai langkah-langkah kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada masa depan, kata penganalisis.

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga memberi reaksi negatif terhadap angka Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi September yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata penganalisis.

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

Belanjawan 2025 Dijangka Sedia Asas Kepada Rancangan Malaysia Ke-13, Tangani Cabaran Kos Sara Hidup - MIER

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober, merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan dijangka menyediakan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) yang akan datang.

Saham Public Bank, LPI Capital Disambung Semula Dagangan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd (Public Bank) dan LPI Capital Bhd (LPI Capital) akan disambung semula dagangan berkuat kuasa 9 pagi esok, menurut makluman berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keluarga Teh Hong Piow Kurangkan Pegangan Dalam Public Bank Kepada 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Keluarga mendiang Tan Sri Teh Hong Piow dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd akan mengurangkan pegangan mereka dalam Public Bank Bhd kepada 10 peratus dalam tempoh lima tahun daripada 23.4 peratus ketika ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.

MIDA Capai Hampir Separuh Sasaran Pelaburan RM2.5 Bilion Pada Hari Kedua IGEM 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pemeteraian tujuh memorandum persefahaman (MoU) dengan potensi pelaburan melebihi RM1 bilion dalam sektor hijau di acara Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau serta Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini.

Malaysia Dan UAE Muktamadkan Perbincangan CEPA - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya memuktamadkan perbincangan bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

Tingkat Pelaburan Dalam AI, Pembangunan Kemahiran Dalam Belanjawan 2025 - Learning Edge

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.