BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Terdapat 3461 berita berdasarkan kata kunci carian "uda"

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik. 

Perdagangan Bilateral China-Malaysia Melonjak Kepada US$117.52 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada US$117.52 bilion (US$1 = RM4.30) dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

15 Syarikat Malaysia Buat Penampilan Sulung Di Index Saudi Arabia 2024 - Matrade

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di INDEX Saudi Arabia 2024 dari 17-19 September, 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.

Unit Pansar Raih Kontrak Berkaitan Projek Sarawak-Sabah Link Road Bernilai RM777.11 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd memperoleh projek berkaitan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 iaitu Pakej 4A (RH Aling ke Bukit Pagon) bernilai RM777.11 juta.

Kia Asia Pacific Tingkatkan Kedudukan Dengan Buka Pusat Latihan Di Shah Alam

SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) -- Kia Asia Pacific Sdn Bhd mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan membuka pusat latihan di Glenmarie, Shah Alam, merupakan pusat latihan kelimanya selepas Jerman, Rusia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).