Terdapat 376 berita berdasarkan kata kunci carian " wall street "

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.  

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Baharu Terhadap Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencecah paras tertinggi pada 44,000 Jumaat lepas berikutan saham kekal berada dalam kedudukan positif, kata penganalisis. 

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan tengah hari Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan seiring kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal hari ini walaupun kebanyakan pasaran Wall Street semalaman mencatatkan prestasi positif selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.

FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Pembukaan Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini - keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).