BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 561 berita berdasarkan kata kunci carian " teknikal"

Malaysia Tolak Keras Salah Guna Sistem Perdagangan Antarabangsa - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Tarif AS: Kerajaan Tingkatkan Jaminan SJPP RM1 Bilion Bagi Bantu Pengeksport PKS

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman. 

SIRIM Sedia Bantu Syarikat Kosmetik Malaysia Menerusi Inovasi, Penyelidikan

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- SIRIM Bhd (SIRIM) melancarkan lima inovasi kosmetik yang sedia untuk memasuki pasaran, dengan setiap satu dilengkapi perlindungan harta intelek (IP), bagi pemain industri yang berminat.

Malaysia-Maldives Perkukuhkan Hubungan Ekonomi, Sasar Peluang Pelaburan

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.

Malaysia Berusaha Kekalkan Hubungan Baik Dengan AS - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) - Malaysia akan terus berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Petronas Meterai 11 MoU Bagi Perkukuh Sektor OGSE

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia.

ADB Peruntuk Hampir US$40 Bilion Bagi Pembangunan Seluruh Asia Pasifik Pada 2024

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) komited menyediakan US$24.3 bilion (US$1 = RM4.39) daripada sumbernya sendiri tahun lepas selain US$14.9 bilion dari segi pembiayaan bersama dengan rakan kongsinya dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang kompleks di Asia Pasifik.

Syarikat Malaysia Perlu Terus Teroka Pelaburan Di Luar Negara, Bawa Kepakaran Untuk Malaysia - Fadillah

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Syarikat besar Malaysia disaran terus meneroka peluang pelaburan di luar negara yang bukan sahaja dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan tetapi mampu memperluas perkongsian teknologi dan kepakaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Digesa Pelbagaikan Pasaran Minyak Sawit Susulan Isu Tarif AS - MPOB

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia digesa agar mempelbagaikan pasaran minyak sawitnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada destinasi import tunggal komoditi itu berikutan isu tarif yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI Dijangka Uji Paras 1,500 Minggu Depan, Disokong Sentimen Lebih Baik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Indeks pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus menguji paras psikologi 1,500 mata minggu hadapan, dengan pergerakan berterusan melepasi paras itu berkemungkinan meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik aliran masuk asing.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Adaptasi AI Peroleh Momentum Dalam Kalangan Agensi, Syarikat Tempatan - NEC Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Agensi dan syarikat tempatan mula mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka, menurut NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia).