1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepatkan usaha untuk mempelbagaikan campuran tenaganya bagi menangani lonjakan permintaan selain mencapai matlamat sifar bersih 2050, menurut pandangan yang dilontarkan semasa Persidangan Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) CGS International.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sedikit kepada RM1.09 bilion bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2025 (S1), daripada RM1.089 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
1bulan ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Sektor minyak sawit Malaysia dijangka kekal stabil menjelang 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi akhir dagangan pagi hari ini, berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dan menghentikan aktiviti pembelian pada harga rendah, meskipun pasaran serantau menunjukkan prestasi memberangsangkan.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dipacu oleh pengeluaran minyak sawit Malaysia yang dianggarkan lebih rendah oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd melonjak kepada RM86.50 million untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM83.05 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini disebabkan harga isirong sawit (PK) dan jumlah jualan yang lebih kukuh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi dan sentimen lebih baik di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS pada Disember semakin ketara, sekali gus mengasak tekanan terhadap mata wang negara maju berkenaan, kata penganalisis.