1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini rendah dengan tekanan jualan ketara dilihat merentasi pasaran, selari dengan pergerakan pasaran serantau yang lemah susulan ketiadaan pemangkin baharu.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat dan rendah dalam dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam sentimen yang kurang menggalakkan susulan penutupan Wall Street sempena Thanksgiving Day.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh keyakinan berterusan terhadap potensi perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan dalam pasaran getah serantau berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah yang terjejas akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli, kata peniaga.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila cakap-cakap mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah di AS semakin mendapat perhatian.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, diheret turun oleh penjualan saham mewah terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepatkan usaha untuk mempelbagaikan campuran tenaganya bagi menangani lonjakan permintaan selain mencapai matlamat sifar bersih 2050, menurut pandangan yang dilontarkan semasa Persidangan Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) CGS International.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sedikit kepada RM1.09 bilion bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2025 (S1), daripada RM1.089 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
1bulan ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Sektor minyak sawit Malaysia dijangka kekal stabil menjelang 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi akhir dagangan pagi hari ini, berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dan menghentikan aktiviti pembelian pada harga rendah, meskipun pasaran serantau menunjukkan prestasi memberangsangkan.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.