11bulan ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.
11bulan ago
DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.
1tahun ago
Daripada D. Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetengahkan kejayaan Kerangka Ekonomi MADANI, yang dilancarkan pada 2023 dalam syarahan beliau di London School of Economics (LSE) hari ini.
1tahun ago
PETALING JAYA, 17 Jan (Bernama) -- Masa depan Johor Bahru sebagai hab ekonomi utama banyak bergantung kepada kejayaan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor selain kerjasama dengan republik Singapura.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) sedang menyediakan tiga kajian terperinci untuk dikemukakan kepada kerajaan ASEAN mengenai Prospektus IPO ASEAN, satu daripada 12 inisiatif yang diumumkan hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Industri rantaian bekalan dan logistik Malaysia menerima rangsangan hari ini apabila lebih 150 pemimpin industri bersidang di forum “Future of Supply Chains: Optimising, Planning, and Automating for Success”, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ally Logistic Property (ALP).
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor komited dalam menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilihat mampu menjadi platform atau pintu masuk pelaburan di Asia Tenggara.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah mengumumkan 12 inisiatif strategik termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.