1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pengumuman peruntukan sebanyak RM2.184 bilion kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam Belanjawan 2025 dilihat sebagai mengiktiraf keberkesanan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dalam memacu potensi global industri Malaysia.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan ke arah positif minggu depan berdasarkan jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang lebih rendah dan kadar eksport yang lebih kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ramai ahli akademik berpandangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bersifat inklusif, menyeluruh dan memfokus kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dengan strategi mengemudi ekonomi negara ke tahap lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan dana padanan berjumlah RM100 juta bagi mengalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memperkasa Kementerian Luar dalam memperkukuh kepentingan dan meluaskan pengaruh Malaysia ke platform antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan kepada entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan Islam, diperluas kepada aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat, sejajar dengan kelemahan di niaga hadapan minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Malaysia dan China perlu mengukuhkan kerjasama dalam timbang tara untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang bebas serta saksama, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil pada 2025, didorong oleh prospek pertumbuhan ekonomi domestik dan perdagangan luar yang lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi global dijangka berkembang stabil dan berdaya tahan pada tahun hadapan yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan perdagangan serta permintaan domestik bagi barangan dan perkhidmatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Dalam melangkah ke hadapan, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala demi meningkatkan lagi potensi pertumbuhan Malaysia dan Singapura.