1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data di Malaysia kini berkembang pesat dan akan terus berkembang lagi memandangkan bekalan semasa pusat data di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, menurut CBRE Group Inc.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah serantau Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) bagi Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dianggarkan berjumlah RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada tahun 2032 daripada 2038.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Institut Percukaian Malaysia (CTIM) mencadangkan agar kerajaan mentakrifkan semula klasifikasi semasa model cukai pendapatan B40, M40 dan T20 untuk mencerminkan landskap ekonomi yang semakin berkembang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
1tahun ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).