BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye dari 6 hingga 8 Jan, perkukuh hubungan dua hala - Setiausaha Akhbar Kanan PM | Baki SARA untuk Semua yang tidak dibelanjakan sekitar RM150 juta disalurkan semula kepada golongan rentan - MOF | 21.2 juta rakyat guna SARA untuk Semua 2025, libatkan perbelanjaan hampir RM2.1 bilion - Kementerian Kewangan | SARA Bulanan 2026 libatkan 8.1 juta penerima, meningkat berbanding 5.4 juta penerima pada 2025 - Kementerian Kewangan | SARA Bulanan disalur bermula 9 Jan untuk lima juta penerima - MOF | 

Terdapat 3383 berita berdasarkan kata kunci carian "perdagangan"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai, kata seorang peniaga.

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Anwar Rasmi Pavilion Malaysia Di CIIE Ke-7 Di Shanghai

SHANGHAI, 5 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)  ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.

Dasar Peralihan Tenaga Buka Peluang Pemain OGSE Kembang, Teroka Pasaran Baharu

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Sektor perkhidmatan dan peralatan minyak (OGSE) perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

Kenaikan Tarif Sarung Tangan Perubatan China Di AS Buka Peluang Kepada Pemain Industri Tempatan - KPK

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.

SEAcare 2025: Pamer Produk Terkini, Bentuk Masa Depan Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- SEACare 2025, pameran perdagangan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang unggul di Asia Tenggara akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 April 2025.

Malaysia Seru Komuniti Perniagaaan Perancis Tingkatkan Kerjasama Demi Kemakmuran ASEAN

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini  meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, namun terus disokong oleh ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Kerajaan Utamakan Projek Berpaksikan Rakyat, Keperluan Mendesak Di Kelantan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menilai dan memberi keutamaan kepada projek-projek yang menjurus kepada keperluan mendesak rakyat di Kelantan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Negara Anggota OIC Perlu Galak Kerjasama Dalam Ekosistem Kewangan - Fahmi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

ISTANBUL, 4 Nov (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengutamakan perkongsian amalan terbaik dan menggalakkan kerjasama teguh dalam kalangan negara Islam untuk membangunkan ekosistem kewangan moden, cekap dan inklusif, yang berkesan menghentikan kaedah tradisi lapuk.