BERITA TERKINI   Pengerusi IKIM Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia 11.27 pagi tadi - Pegawai khas | Akademi Kenegaraan Malaysia anjur Program Ekspresi Merdeka sempena HKHM 2025 bermula 5 Jun hingga 8 Ogos | Usaha atasi kerenah birokrasi diperluas di semua agensi bawah Kementerian Komunikasi - Fahmi | Berasaskan rangkaian kukuh profesional yang mendapat manfaat daripada pengelompokan pemain industri utama dan jenama global terkemuka, TRX menawarkan yang terbaik dari ASEAN dan Asia - Amir Hamzah. | PricewaterhouseCoopers sebagai penyewa utama TRX akan mengukuhkan ekosistem Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur - Amir Hamzah | 

Terdapat 380 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga nasional"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama)  -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih rendah, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Bursa Malaysia Meningkat 0.47 Peratus Pada Tengah Hari Didorong Optimistik Serantau

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, menunjukkan sentimen positif di seluruh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.

Bursa Malaysia Meningkat Lepasi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, melepas paras sokongan psikologi 1,600 mata, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam saham mewah dan saham bermodal sederhana.

FBM KLCI Susut Di Bawah 1,600, Dijangka Tarik Minat Belian Semasa Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.

 

Syarikat Sweden Sokong Peralihan Hijau Malaysia Dengan Pelaburan Mampan - Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - Syarikat-syarikat terkemuka Sweden yang telah melabur dalam pembangunan perindustrian Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, meminjamkan kepakaran mereka dalam usaha peralihan ekonomi hijau negara dengan tumpuan kepada agenda kemampanan.

Unit Haily Raih RM65.1 Juta Kontrak Pembinaan Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM65.1 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

MyDigital ID Pilihan Log Masuk Tambahan myTNB Mulai Awal 2025 - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolehkan pelanggan menggunakan MyDigital ID bagi tujuan log masuk tambahan platform myTNB bermula awal tahun depan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.

FBM KLCI Meningkat Selepas Lima Hari Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.