11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sebanyak 841.18 hektar atau 15.3 peratus daripada keseluruhan keluasan Taman Industri Halal berstatus HALMAS (Halal Malaysia) di seluruh negara mencatatkan pelaburan terkumpul RM16.75 bilion bagi tempoh 2012 hingga 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global yang terlaras secara bermusim meningkat kepada 49.7 pada Februari 2025, bacaan tertinggi dalam tempoh sejak Ogos tahun lepas, menurut S&P Global.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kalangan peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan pada suku pertama 2025, didorong oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 3.2 peratus berbanding 4.8 peratus pada suku sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Drilling Asia Ltd menerima kontrak penggerudian bernilai kira-kira RM3.2 bilion daripada pelbagai syarikat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024 mencerminkan pengembangan ekonomi, peningkatan hasil dan pertambahan peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) menjangkakan peningkatan pengeluaran minyak sawit tahun ini di Malaysia, Indonesia, Honduras, dan Papua New Guinea berbanding dengan tahap pengeluaran pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil tahun ini, dengan julat antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan, menurut penganalisis.
1tahun ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Kaedah pembinaan bagi projek kabel elektrik dasar laut berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Senarai muktamad peluasan skop dan semakan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025 selepas proses libat urus diselesaikan bagi membolehkan persediaan secukupnya sebelum perubahan SST dikuatkuasakan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) menandatangani perjanjian untuk memperoleh tiga hartanah perindustrian pegangan bebas di Johor daripada anak syarikat Gromutual Bhd, Rainbow Entity Sdn Bhd (RESB) pada harga tunai RM72 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan andaian harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,000 satu tan pada 2025 dan RM3,800 satu tan pada 2026.