Terdapat 399 berita berdasarkan kata kunci carian " energy"

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Projek SOGIP RM8.88 Bilion Pemangkin Sabah Jadi Hab Tenaga Asia Tenggara

KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Saham Teknologi, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Terus Meningkat Bagi Hari Keempat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.

AmInvestment Bank Jangka Capex FPSO Sepat Lebih Kecil Kepada US$500 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- AmInvestment Bank Bhd menjangkakan perbelanjaan modal (capex) yang lebih kecil iaitu kira-kira US$500 juta untuk kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Medan Sepat.

Scomi Energy Dinyahsenarai Pada 12 Feb Setelah Bursa Tolak Rayuan Lanjutan Masa

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Securities Bhd telah menolak permohonan Scomi Energy Services Bhd untuk lanjutan masa bagi penyerahan pelan penyusunan semulanya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata  penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa susulan aktiviti belian saham berharga rendah dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, kata penganalisis.

Belian Saham Pada Harga Rendah Berterusan Pacu Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada dagangan tengah hari Selasa dipacu oleh aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah susulan berita mengenai penangguhan kenaikan tarif import yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada pada Isnin.

OPEC+ Tambah 5.8 Juta Tong Minyak Mentah Sehari Tampung Bekalan Dari Kanada, Mexico

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka mampu menambah bekalan minyak mentah purata 5.8 juta tong sehari (bpd) sekiranya berlaku penurunan ketara bekalan minyak dari Kanada dan Mexico, menurut Rystad Energy.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Minat Belian Baharu

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.

Penganalisis Berbeza Pandangan Mengenai O&G Selepas PAO 2025-2027 Diumum

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.