BERITA TERKINI   Sembilan barangan terlibat Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali pada 16-22 Okt - Armizan | Garis panduan keselamatan di sekolah yang ditambah baik akan dikeluarkan hujung tahun ini - KP Pendidikan | Kes rogol di sekolah: Semua suspek dibuang sekolah serta merta - KP Pendidikan | MTL: Pusat Kawalan Operasi Bencana di semua peringkat akan diaktifkan lebih awal, pastikan pemantauan, koordinasi berjalan lancar - TPM Ahmad Zahid | PM seru anak muda Malaysia terajui langkah tolak rasuah, dukung tadbir urus baik untuk pulihkan integriti | 

Terdapat 305 berita berdasarkan kata kunci carian " kdnk"

Malaysia Sertai Enam Negara Ratifikasi Penyertaan UK Dalam CPTPP

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.

Pelaburan Domestik Kukuh Separuh Pertama 2024 Bukti Negara Tidak Bergantung Pelaburan Asing - MIER

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.

Perdagangan Naik 18.6 Peratus kepada RM252.65 Bilion Pada Ogos, Kadar Terpantas Dalam Tempoh 22 Bulan

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi memberangsangkan, meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun kepada RM252.65 bilion, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MIHAS Sertai Pameran Di Dubai November Ini, Sasar Jualan Eksport RM1 Bilion - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan. 

ALPS Global Sasar Kumpul US$100 Juta Daripada Penyenaraian Di Nasdaq

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.