Terdapat 3429 berita berdasarkan kata kunci carian "perdagangan"

Pulau Pinang Digesa Laksana Aktiviti Bernilai Tinggi Untuk Kekal Kompetitif - Chow

GEORGE TOWN, 21 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang digesa melaksanakan aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembangunan teknologi dan inovasi produk baharu yang memperkenalkan ciri atau teknologi menarik, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

Nilai Aktiviti Perniagaan Malaysia Di Vietnam Melebihi US$13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Aktiviti perniagaan Malaysia di Vietnam telah melebihi nilai US$13 bilion (US$1=RM4.47), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selangor Rekod Nilai Dagangan RM639.2 Bilion Setakat September - Exco

SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.

Hab Perdagangan Pelabuhan Teluk Sapangar Beri Impak Pada Sabah

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Aspirasi Kerajaan Sabah yang mahu menonjolkan Pelabuhan Teluk Sapangar sebagai hab perdagangan di rantau ini dijangka memberikan impak positif yang signifikan terhadap ekonomi negeri dalam jangka masa panjang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Malaysia Mahu Arkitektur Kewangan Antarabangsa Diubah Bagi Perdagangan Adil - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia telah memaklumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai cadangan agar arkitektur kewangan antarabangsa (IFA) diubah bagi menyokong perdagangan bebas tanpa diskriminasi ke atas negara-negara kecil.

Ekosistem Berteras Industri Kukuh Di China, Tarik Pengembangan Perniagaan Malaysia

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ekosistem yang kukuh berteraskan industri di China menjadi satu daripada faktor utama menarik perniagaan Malaysia memasuki pasaran negara itu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka.

Perniagaan Malaysia Digalakkan Teroka Industri Halal Dan Pertanian Kenya - Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan di Kenya terutama dalam sektor pertanian yang memerlukan teknik pertanian pintar dan pengetahuan perindustrian serta industri halal.

Pendirian Malaysia Dalam Isu Antarabangsa Tidak Jejas Hubungan Dagangan Dengan AS - Pm Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama -- Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bubbles O2 Bekerjasama Dengan Queen Of Nature Group

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Bubbles O2 Sdn Bhd, perintis dalam industri air mineral semula jadi beroksigen di Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan Queen of Nature Group hari ini di MIHAS@Dubai 2024.

Jualan MATRADE Di MIHAS@Dubai Cecah RM2.2 Bilion, Langkaui Sasaran 120 Peratus

Oleh Zarul Effendi Razali

DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai dengan kejayaan yang memberangsangkan selepas jualannya melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

Untung Bersih Suku Ketiga MYEG Naik 62.5 Peratus Kepada RM195 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MY E.G. Services Bhd (MYEG) meningkat 62.5 peratus kepada RM195.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM120 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dipacu oleh yuran perkhidmatan lebih tinggi dan keuntungan pelaburan.