BERITA TERKINI   Nestle (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM205.1 juta pada suku pertama 2026 | Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan - Fahmi | Syarikat teknologi asing wajib sediakan latihan kepada bakat tempatan - PM Anwar | Penyelesaian kemelut politik Negeri Sembilan perlukan rundingan, diputuskan mengikut undang-undang - PM Anwar | Kemelut politik di Negeri Sembilan perlu diselesaikan mengikut undang-undang tubuh negeri serta peraturan DUN -- Ahmad Zahid | 

Terdapat 3146 berita berdasarkan kata kunci carian "pengguna"

Pembatalan Belian Oleh Kilang Penapis India Dianggap Tindakan Sementara - Johari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dipengaruhi oleh momentum penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi Wall Street ketika sentimen beralih menjadi berhati-hati di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarkat (AS) serta harga minyak mentah, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin, mencerminkan trend mata wang Asia lain, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh daripada jangkaan untuk September.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah aliran meningkat serantau yang mendapat rangsangan daripada aktiviti membeli saham pada harga rendah terutamanya dalam kaunter komoditi dan barangan pengguna.  

PR1MA, CelcomDigi Bekerjasama Transformasi Rumah Dengan Penyelesaian Bandar Pintar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk mentransformasikan rumah PR1MA dan pembangunan komersial dengan penyelesaian bandar pintar.

Perpaduan Akan Bantu ASEAN Jadi Lebih Kompetitif Di Persada Global - Tengku Zafrul

VIENTIANE, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menggariskan tiga strategi utama untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi ASEAN memandangkan pengembangan global dijangka menjadi lemah dalam keadaan inflasi yang tidak menentu, peningkatan ketegangan geopolitik dan juga pemecahan geoekonomi. 

Northport Pertingkat Kapasiti, Kecekapan Melalui Lapangan Kontena Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --  Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC, mengumumkan siap kerja lapangan kontena terbaharunya, Blok K yang memberi tambahan kapasiti sebanyak 662,256 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berdasarkan hari simpanan selama lima hari.

Penggunaan Media Sosial, Kesan Pempengaruh Di Malaysia Lebih Rendah Daripada Purata Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penggunaan media sosial dan kesan pempengaruh di Malaysia adalah lebih rendah daripada kadar purata serantau, menurut laporan penyelidikan bertajuk "Pemasaran pempengaruh E-dagang di Asia Tenggara".

Syarikat E-dompet Mohon Pengecualian SST Untuk Perkhidmatan Kewangan Digital Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar E-Wang (AEMI) memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa untuk perkhidmatan kewangan digital dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan pertumbuhan industri.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Bernilai RM1.1 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).