BERITA TERKINI   Pasukan daripada pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau situasi bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar - MAHB | Penyedia sistem telah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di semua lapangan terbang - MAHB | Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang MAHB telah kembali beroperasi seperti biasa - MAHB | 

Terdapat 416 berita berdasarkan kata kunci carian " wall street"

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Pacu Bursa Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh sentimen lebih baik di pasaran serantau dan global berikutan pelabur bersiap sedia untuk membeli saham berharga rendah selepas musim perayaan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa susulan jualan berterusan, menjejaki prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Selasa dalam mod berhati-hati, menjejaki penurunan semalaman Wall Street disebabkan penjualan besar-besaran dalam sektor teknologi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan disokong oleh lantunan semula susulan aktiviti jualan selama empat hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.