1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd kekal optimis tentang prospek perdagangan Malaysia dan prospek pertumbuhan sektor pembuatan, memandangkan permintaan eksport yang bertambah baik.
1tahun ago
JAKARTA, 3 Dis (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bersama agensi-agensi utama kerajaan berusaha memperkukuh eksport produk halal ke Indonesia dengan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara dijangka mencecah US$25 bilion (US$1=RM4.45) hingga US$26 bilion tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia selaku negara rakan BRICS, akan mengikuti rapat perkembangan berkaitan ancaman bakal Presiden Donald Trump mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara-negara perkumpulan itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) komprehensif pertama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia akan kekal berkecuali dan bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM489.5 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sistem perdagangan antarabangsa memerlukan pembaharuan segera ketika dunia terus menyaksikan amalan dagangan yang tidak adil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan mendadak dalam niaga hadapan getah Shanghai selain disokong oleh data ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu bertindak aktif merangka pelan strategik bagi menangani cabaran peraturan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.