4bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu memanfaatkan amalan ekonomi kitaran termaju yang dimiliki Finland dalam pengurusan sisa, infrastruktur hijau dan reka bentuk produk mampan, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di sini, Al-Fadil Adam.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
4bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Agrobank berharap Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dapat terus ditambah baik dalam Belanjawan 2026 berikutan pencapaian positifnya terhadap ekonomi, khususnya dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor agromakanan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berada di Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk merancang Belanjawan 2026.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan menggunakan penyelesaian mampan, seperti sistem penyejukan berpusat (DCS), untuk mengurangkan pelepasan karbon serta kos dan membina infrastruktur berdaya tahan, dalam Belanjawan 2026.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengharapkan Belanjawan 2026 dapat menyediakan bantuan kewangan segera, sokongan penting untuk modal insan serta tumpuan strategik terhadap penentududukan pasaran bagi industri sarung tangan getah.
4bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mengharapkan Belanjawan 2026 akan turut merangkumi pengumuman strategik untuk membiayai usaha penting yang menyokong agenda Jenama Malaysia.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd kekal tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang menyatakan Malaysia dan China sedang mengadakan perbincangan berkenaan dengan projek loji penapisan nadir bumi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan ekosistem jentera dan kejuruteraan.
4bulan ago
KUALA BERANG, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk merancakkan lagi industri buluh yang mampu muncul sebagai pemacu ekonomi baharu, seterusnya memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.
4bulan ago
SINGAPURA, 2 Okt Bernama) -- Keyakinan pelabur jelas kembali terhadap Malaysia, dipacu hasil komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, bekerjasama, berinovasi dan membina ekonomi yang lebih sofistikated dan inklusif, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Mizuho Bank (Malaysia) Bhd komited menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan memperuntukkan hampir US$600 juta (US$1=RM4.2) pembiayaan kepada pelanggan yang melabur di zon itu.