6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka berperanan sebagai landasan bagi kerjasama lebih kukuh dalam sektor ekonomi utama, menjadi platform sesuai untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara Jepun dan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, Maxis hari ini melancarkan janji jenama (slogan) baharunya, ‘Esok Bermula Hari Ini’, menandakan transformasi yang mencerminkan komitmennya untuk memacu inovasi dan memberi pengalaman digital yang kalis masa hadapan untuk rakyat Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) – YTL Power International Bhd melabur kira-kira RM10 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur AI setakat ini serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dalam AI dan memanfaatkan infrastruktur itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur baharu di Bursa Malaysia hari ini, menawarkan akses langsung kepada pelabur Malaysia untuk ke pasaran global melalui pendedahan kepada dua penanda aras ekuiti utama Hang Seng di Hong Kong.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi di sela-sela Sidang Kemuncak BRICS ke-17 telah menyentuh potensi perdagangan, pelaburan dan cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.
6bulan ago
Daripada Arul Rajoo Duran Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memperkukuh ekosistem industri penerbangan negara dan bersedia membantu para pelabur ke arah matlamat itu.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum menaik, disokong oleh minat pelabur yang diperbaharui terhadap aset-aset selamat susulan tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, yang menambahkan lagi ketidaktentuan kepada pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Langkah kawalan ke atas pasaran hartanah bertujuan menurunkan harga oleh Singapura dijangka memberi kesan minimum terhadap projek hartanah milik syarikat Malaysia di republik itu, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat disebabkan minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka menawarkan peluang keemasan untuk syarikat pembinaan Malaysia terutamanya dalam pembangunan lestari.
6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 3 Julai Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih perlahan dan permintaan eksport yang kukuh.