BERITA TERKINI   Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dilaksana secara dalam talian bermula 15 Feb hingga 31 Mac - KP Pendidikan | Pimpinan tinggi agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu nyata kesediaan pikul amanah atau tukar ke jawatan lain - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras kepada pihak berkuasa, kesal masih wujud kelemahan tatakelola dalam negara | 

Terdapat 358 berita berdasarkan kata kunci carian " mekanisme"

Kementerian Ekonomi Akan Lancar Pelan Hala Tuju Gas Asli Pada Tahun Ini - Rafizi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

'Green Halal', Pencetus Perubahan Untuk Pertumbuhan Perniagaan - Alliance Islamic Bank

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).

MyGAS 2025 Tumpu Usaha Tangani Cabaran Pembiayaan Dalam Industri Gas

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Simposium Gas Malaysia 2025 (MyGAS 2025) akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah untuk memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan.

Penetapan Tarif Elektrik Baharu Di Semenanjung Akan Pertimbang Kebajikan Rakyat - Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.

Cadangan Caruman KWSP Dua Peratus Bagi Pekerja Asing Langkah Wajar - ACCCIM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpandangan cadangan kerajaan untuk menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS) pekerja pada dua peratus bagi pekerja asing adalah wajar. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico selain data ekonomi AS yang lemah, kata penganalisis.

Malaysia Sasar Dagangan Dengan Rakan FTA, Pasaran Membangun Meningkat Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

Kepengerusian ASEAN: PETRA Pacu Agenda Tenaga, Rapatkan Jurang & Bina Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan tema mesyuarat sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.

WEF 2025: Selatan Global Perlu Gesa Kepada Pembaharuan Struktur Antarabangsa - PM Anwar

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Selatan Global seperti BRICS perlu mengambil pendirian berikutan struktur kewangan antarabangsa melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan pembaharuan.

Sukuk ESG Global Diunjur Melepasi US$50 Bilion Pada 2025 - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka melepasi paras tertunggak US$50 bilion (US$1=RM4.46) pada 2025, kata Fitch Ratings.

Malaysia Akan Giat Semula ASEAN+3, EAS Untuk Rangsang Kerjasama Serantau -- PM Anwar 

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan berusaha untuk menggiatkan semula mekanisme utama seperti ASEAN Plus 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), yang walaupun berupaya menjadi saluran menyatukan pihak yang berbeza, namun kurang dimanfaatkan.