Terdapat 3252 berita berdasarkan kata kunci carian " pengguna"

Perubahan Dasar Perdagangan AS Dijangka Tidak Beri Impak Besar Kepada Sektor Minyak Sawit Negara

BANGI, 14 Nov (Bernama) -- Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.  

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Malaysia Dijangka Jadi Hab Pembungkusan Asia Tenggara Dalam Tempoh 10 Tahun - Reed Exhibitions

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi hab pembungkusan pengeluaran di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Reed Exhibitions (RX) China Josephine Lee.

Wasco Tubuh Rangka Kerja Kewangan Peralihan Dan Mampan Pertama ASEAN

SINGAPURA, 14 Nov (Bernama) -- Kumpulan tenaga bersepadu, Wasco Bhd telah menubuhkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan Mampan bersepadu, yang pertama seumpamanya di ASEAN serta berjaya melaksanakan pinjaman berkaitan kemampanan pertamanya sebanyak US$25 juta.

KLIMS 2024 Pamer Inovasi Automotif Termaju, Sasar 250,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melihat inovasi terbaharu dalam industri mobiliti dan automotif.

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya lemah selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan inflasi tinggi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Malaysia Mahu Memastikan Industri CCUS Disegerakan Secepat Mungkin - Rafizi

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.