1tahun ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk meningkatkan pelaburannya di Laos terutamanya dalam sektor tenaga boleh baharu, pertanian, pelancongan dan infrastruktur, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam aset kewangan pada 2023 dengan aset kewangan bersih per kapita mencecah EUR9,430 (1 EUR = RM4.6427), menurut Allianz Malaysia Bhd.
1tahun ago
JAKARTA, 25 Sept (Bernama) -- Asian Development Bank (ADB) meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia dan Pasifik kepada 5.0 peratus tahun ini, berbanding 4.9 peratus pada April lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend meningkat untuk ditutup tinggi hari kelima berturut-turut meskipun peningkatan lebih kecil, hampir separuh daripada yang diniagakan semalam pada kontrak Disember.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 melonjak 24.4 peratus kepada RM545.21 juta daripada RM438.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.
1tahun ago
Daripada Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.