Terdapat 400 berita berdasarkan kata kunci carian " era"

Malaysia Cadang Perlindungan Teknologi Kepada AS, Jaminan Rantaian Bekalan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR  11 April (Bernama) -- Malaysia terlibat secara proaktif dengan pihak berkuasa dan syarikat Amerika Syarikat (AS), termasuk mencadangkan perjanjian perlindungan teknologi bagi meyakinkan pihak berkepentingan serta memastikan kestabilan rantaian bekalan terus terjamin.

ASEAN Akan Terlibat Dalam Dialog Jujur, Konstruktif Dengan AS Berkenaan Tarif

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.

BNM, Bank Of Thailand Perkukuh Kerjasama Pertingkat Daya Tahan Siber

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh usaha kerjasama dalam keselamatan siber dan perlindungan penipuan digital.

Projek Jambatan Rentas Sempadan Sejajar Dengan Matlamat Ekonomi ASEAN - Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.

MITI Sasar Perdagangan Dua Hala Dengan New Zealand Meningkat 50 Peratus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan New Zealand sebanyak 50 peratus dengan nilai anggaran berjumlah RM25.67 bilion menjelang 2030.

Megah Port Sahkan Komitmen Kecekapan, Kukuh Hubungan Dengan Lembaga Pelabuhan Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 April (Bernama) -- Pengendali pelabuhan kontena Labuan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) mengesahkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan pengendalian kargo yang cekap dan berkualiti tinggi di samping bekerjasama erat dengan rakan kawal selianya Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA).

PM Anwar Terima Kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto di pejabat beliau di Putrajaya. 

Sistem Keselamatan Siber Penting Untuk Lindungi Operasi, Data Dan Rantaian Bekalan - Epicor

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Apabila pengilang Malaysia menjalani transformasi digital, melindungi operasi, data dan rantaian bekalan daripada ancaman yang semakin meningkat menjadi penting, memerlukan tindakan pantas untuk memperkukuh pertahanan keselamatan siber.

Bank Digital Perlu Sesuaikan Semula Strategi Untuk Beri Perkhidmatan Kepada B40

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank-bank digital di Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menjangkau golongan B40 yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

Trend Perbelanjaan Raya: Pengguna Lebih Berhati-hati Di Sebalik Ekonomi, Pasaran Buruh Yang Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi semasa memberi kesan terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia dalam musim perayaan, dengan pengguna cenderung lebih berhati-hati meskipun keadaan ekonomi negara berada dalam landasan yang baik.

Maybank Manfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025, Sasar Peluang Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pertumbuhan yang wujud dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, terutamanya dalam bidang kemampanan, kewangan peralihan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Axiata, Sinar Mas Peroleh Kelulusan Bagi Penggabungan Tiga Syarikat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd dan Sinar Mas mengumumkan pemegang saham PT XL Axiata Tbk, PT Smartfren Telecom Tbk dan PT Smart Telcom (SmartTel) telah meluluskan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu menjadi XLSMART secara rasmi.