8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
8bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dan China perlu segera mengiktiraf secara bersama piawaian dan pensijilan terutamanya dalam sektor makanan, kosmetik dan produk perubatan, bagi menyelaras proses eksport serta membuka peluang sepenuhnya potensi kerjasama Malaysia-China dalam kalangan perusahan kecil dan sederhana (PKS).
8bulan ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
8bulan ago
SINGAPURA, 16 April (Bernama) -- Singapura menyeru pengintegrasian ekonomi di ASEAN dipercepatkan, dengan menggesa blok itu untuk menyasarkan penghapusan 100 peratus tarif di seluruh rantau ini, meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dan seterusnya mengurangkan halangan bukan tarif bagi membolehkan operasi perniagaan yang lebih lancar di seluruh rantau ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan dan kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi bagi pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya syarikat tersebut.
8bulan ago
BEIJING, 15 April (Bernama) -- ASEAN mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar China bagi tempoh suku pertama 2025 dengan menyumbang 16.6 peratus daripada jumlah perdagangan asing Beijing, kata pihak Pentadbiran Am Kastam (GAC) China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia Semiconductor IC Design Park membentuk kerjasama strategik dengan ChipInventor dari Brazil dan Amazon Web Services (AWS) menerusi sokongan Kedutaan Brazil di Malaysia melalui Program Diplomasi Inovasi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) meraikan ulang tahun ke-30 di Johor dengan melancarkan kempen 30 Tahun Bersama dan memberi tawaran eksklusif kepada pencari hartanah serta peluang memenangi barangan mewah, peralatan rumah dan pakej percutian meliputi sehingga 30 destinasi antarabangsa dengan pembelian hartanah terpilih bermula 1 April.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle), Garrett Ilg serta delegasinya.