Terdapat 3063 berita berdasarkan kata kunci carian "eo"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai, kata seorang peniaga.

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

KL Bersiap Untuk Ekspo Bandar Pintar Pertama Asia Tenggara - Gobind

Oleh NurulJannah Kamaruddin

BARCELONA, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.

Anwar Rasmi Pavilion Malaysia Di CIIE Ke-7 Di Shanghai

SHANGHAI, 5 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)  ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.

Kepengerusian ASEAN 2025: Kerajaan Disaran Jadikan Ekonomi Hijau Antara Agenda Utama

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.

Funding Societies Peroleh Kemudahan Kredit RM436 Juta Bantu PMKS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Funding Societies memperoleh kemudahan kredit ketiga daripada HSBC di bawah Dana Pertumbuhan ASEAN sekali gus meningkatkan kemudahan kreditnya daripada bank tersebut kepada lebih US$100 juta (RM436 juta).

Agro Snow Laksana Transformasi Industri Makanan Berasaskan Tumbuhan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat komoditi pertanian global, Agrocorp International dan Megmilk Snow Brand menjalin kerjasama untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran protein mesra alam, Agro Snow, di Johor Bahru, Johor.

Ringgit Masih Kukuh, Naik 5.03 Peratus Berbanding Dolar AS Setakat 4 Nov - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024,  mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.

Kenaikan Tarif Sarung Tangan Perubatan China Di AS Buka Peluang Kepada Pemain Industri Tempatan - KPK

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.

SEAcare 2025: Pamer Produk Terkini, Bentuk Masa Depan Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- SEACare 2025, pameran perdagangan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang unggul di Asia Tenggara akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 April 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, namun terus disokong oleh ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Naik Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah Dan Minyak Soya

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives naik melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak November dan Disember 2024, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan minyak soya, kata seorang peniaga.