Terdapat 455 berita berdasarkan kata kunci carian "forum"

Industri OGSE Perlu Terima Pakai Teknologi, Digitalisasi Dan Sumber Tenaga Baharu

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu menerima pakai teknologi, digitalisasi serta sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) walaupun berdepan cabaran dalam peralihan tenaga.

Malaysia Pelawa Perniagaan Maldives Teroka Peluang Sektor Halal – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia mempelawa perniagaan Maldives untuk meneroka sektor halalnya yang dinamik terutama dalam pelancongan halal, memanfaatkan kedudukan negara sebagai hab halal global untuk merangsang kerjasama dalam bidang ini.

Maldives Pelawa Syarikat Malaysia Teroka Peluang Pelaburan Sektor Strategik – Presiden

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Maldives hari ini mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

Malaysia Mahu Perluas Kerjasama Melangkaui ASEAN, Intai Perkongsian Dengan Maldives

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia-Maldives Perkukuhkan Hubungan Ekonomi, Sasar Peluang Pelaburan

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.

Pendirian ASEAN Berkecuali Beri Impak Positif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, dan ini kekal sebagai teras kepada pendekatan diplomatik di rantau ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Keputusan OPR BNM Dibuat Berdasarkan Pendekatan Berhemat -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dalam menangani Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai instrumen dasar  berkuasa yang perlu digunakan hanya apabila keadaan memerlukan.

Malaysia Tidak Akan Terlalu Tumpu Pada Unjuran Pertumbuhan Tetapi Fokus Kepada Bina Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Berdasarkan unjuran pertumbuhan Malaysia diturunkan yang mencerminkan trend global, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan kepentingan untuk tidak terlalu tumpu pada angka pertumbuhan.

Malaysia Berusaha Kekalkan Hubungan Baik Dengan AS - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) - Malaysia akan terus berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Uganda Sasar Pelaburan Malaysia Dalam Sektor Minyak, Gas Dan Galian

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Uganda menyasar pelaburan dari Malaysia dalam sektor tenaga dan sumber galian dengan peluang utama dalam penapisan minyak, mineral kritikal dan infrastruktur tenaga bersih, kata Menteri Tenaga dan Pembangunan Mineralnya Ruth Nankabirwa.

Turkiye Minat Jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan November ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.